Quantcast
Channel: Fatin Liyana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 151

8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang #AFLWedding

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan kurniaan ilahi saya telah bergelar seorang isteri pada 13 Jun lepas. Majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang walaupun saya hanya cuti sehari sebelum majlis. Kami tidak assign wedding planner kerana kami percaya kami mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan seni (haha!). Lagipun sejak kami berkenalan, impian saya dan suami adalah untuk menghoskan majlis kami dalam keadaan serba sederhana, tidak terlalu terikat dengan adat namun sedap mata memandang mengikut citarasa kami.

Saya sangat teruja untuk berkongsi kisah tentang majlis kami (dah kenapa tone seperti rancangan Nona). Tiada niat untuk riak atau berbangga diri, jauh sekali untuk bermegah-megah kerana majlis kami cuma kenduri makan yang biasa anda hadiri, cuma bezanya...we set our own rules! Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal pengantin ya :)

Mari saya kongsikan 8 perkara yang anda perlu tahu tentang #AFLWedding


1. HANYA SATU MAJLIS RESEPSI
Rumah saya di Seremban, suami pula di Ukay Perdana. Dekat. Jadi kami telah mencapai kata sepakat untuk membuat hanya SATU majlis resepsi di Putrajaya. Tengah-tengah kan, barulah adil dan saksama hehe. Bayangkan penjimatan kami kerana semua perbelanjaan dibahagi sama rata. Yang paling best, kami hanya perlu hire photographer, videographer, pelamin, makeup, baju 1x. Saya dan suami bersyukur kerana ibu bapa kami tidak mempunyai sebarang bantahan, malah gembira sebab takpayah penat dua kali. Janji ada toleransi antara dua pihak.


2. EMBLEM YANG SAMA
Emblem AFL ini telah direka oleh sahabat saya Faiz Lee. Thanks bro! Kami telah menggunakan emblem ini untuk kad kahwin, buku yassin, botol madu, photobox dan juga banner! Sebenarnya kami plan nak buat untuk kad kahwin je, tapi sebab malas nak fikir design untuk doorgift (buku yassin, madu & photobox) so kami pakai emblem yang sama. Tiba-tiba nampak cantik pula bila seragam. Inilah yang kami maksudkan dengan kebolehan memanipulasikan seni ahaks!




3. MEMERIAHKAN TETAMU DENGAN MAKANAN
Majlis resepsi kami adalah jenis touch&go. Bukan yang seated tu. Sebabnya jemputan kami agak ramai (sebab satu majlis kan), tak sesuai nak buat jenis yang seated tu. Lagipun kami nak tetamu berasa selesa mingle around and top up makanan berkodi-kodi hehe. Bab-bab makan ibu saya memang expert. Ibu saya kata biar baju & pelamin biasa-biasa sahaja janji perut tetamu kenyang luarbiasa haha! Selain daripada menu makanan kenduri ada juga tambahan lauk seperti paru goreng bercili, sambal acar buah, pecel, rojak buah, serawa durian, tapai, 6 jenis kuih-muih melayu, 6 jenis cakes dan teh tarik. Perlu diingatkan yang datang menyumbang kebiasaannya adalah kawan ibu bapa kita, jadi kita membalas dengan menghidangkan mereka dengan makanan yang enak-enak.



4. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BACAAN AL-QURAN
Sebenarnya ibu kepada suami saya ada menyatakan hasrat untuk mendengar alunan bacaan Al-Quran anaknya ketika majlis resepsi kami. Saya juga teruja kerana tidak pernah mendengar suami saya membaca Al-quran secara live. Jadi kami bersetuju untuk membuka majlis dengan alunan ayat Al-quran (Selepas berarak, pengantin perempuan duduk dipelamin, pengantin lelaki duduk berhampiran dengan meja kecil dan mengaji). Suami saya kata, dia berharap trend ini dapat diteruskan di majlis-majlis perkahwinan instead of berkaraoke. (atau mungkin dah ada? kami je yang tak tau? hehe)




5. TIADA DULANG GIRLS (KETIKA MAJLIS NIKAH)
Sejujurnya rumah saya agak sempit. Agak tak praktikal untuk dulang girls beratur membawa dulang dalam keadaan yang sempit-sempit. Kami juga rasa kami dapat kurangkan kos sebab tak perlu belikan kain yang sedondon untuk dulang girls (16 dulang x 4 meter : 64 meter!) Lagipun ini semua norm. Apa salahnya kalau kita break the norm. Jadi apa yang saya lakukan untuk majlis pernikahan saya adalah, sebelum rombongan pengantin lelaki datang, semua dulang hantaran (pengantin lelaki dan perempuan) telah disusun rapi di stage hantaran. Maksudnya rombongan pengantin lelaki hanya perlu datang tanpa perlu berheboh-heboh dalam kereta sebab dulang hantaran terbalik!





6. TIDAK MEMAKAI INAI
Sejak kecil saya memang bangsa yang tak gemarkan inai. Kebetulan suami pun begitu. So takpayahla pakai senang cerita. Lagipun inai ni semua adat je. Takperlu nak diikutkan sangat (Ye saya memang degil ahaks!) Jimat kos lagi yay!




7. TIDAK MEMAKAI BULU MATA PALSU / CUKUR KENING
Alhamdulillah, sekarang saya tengok memang kebanyakan pengantin tidak cukur kening lagi macam zaman dulu-dulu. Tapi yang memakai bulu mata palsu masih banyak. Masih ingat suami berpesan pada saya 3 perkara sebelum kami bernikah

  • Jurumekap / MUA mesti PEREMPUAN (supaya aurat terpelihara)
  • Tidak mencukur kening (hukum : haram)
  • Tidak memakai bulu mata palsu (hukum : haram)

Saya seboleh-boleh mahu menjaga amanah suami. Nak berdakwah berjihad tu memang takla...jadi perkara kecik-kecik macam ni saya jaga. Nak buat pengakuan sikit, masa mula-mula suami kata macam tu saya terus terdetik dalam hati

' Ala...mesti makeup I tak glowing sebab takda bulu mate lentik macam Che ta...'

ada hati tu nak jadi Che ta :')

Tapi alhamdulillah it turned out very well. Makeup saya hasil sentuhan @_ewar by aimie rifdi@dinieawalluddinofficial by dinieawalluddinsangat stunning dan tidak tebal langsung. Saya tertarik dengan prinsip kak Aimie Rifdi iaitu makeup is meant to enhance beauty. Suami pon happy sebab muka saya masih 'kekal' cuma ditambah sedikit warna untuk menaikkan seri hehe. Nak wudhu pon senang, cuma pakai wet tissue untuk cuci makeup.






8. WEDDING DRESS TIDAK KETAT & MELERET
Bab-bab ni sukar sikit untuk dijaga kerana kita perempuan suka rasa yang definisi baju pengantin yang cantik adalah labuh meleret (untuk memberi kesan dramatic) & body hugging. Tapi saya bersyukur kerana menjumpai designer muslimah wedding dress @ejashahril yang sangatlah berprinsip! Ingat lagi masa pertemuan kami yang pertama, kakeja terus terang menyatakan pada saya & suami.

' Dress yang kakeja buat WAJIB tidak ketat, tidak meleret dan tudung kena tutup dada. Kalau fatin tak bersetuju, maafkan kakeja, fatin kena cari orang lain.'

Ha sampai harini ayat kakeja tu terngiang-ngiang dalam kepala saya. Kami cukup mengagumi Ejashahril kerana berpegang teguh pada prinsip islamic. Susah nak jumpa designer berjiwa muslimah macam ni! Kebetulan saya ada terjumpa satu website ni, baguih gila. Cuba korang baca SINI untuk mengetahui pantang-larang semasa kahwin.



Saya dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat karib kami (Najahtul, Wady, Dimas, Sakinah, Kaklong, Anty Lid), sahabat handai dialam maya mahupun didunia sebenar, colleague, boss, para tetamu serta semua pihak yang sudi menjayakan majlis kami.


Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dikurniakan ketenangan sepanjang persediaan majlis, ketika berlangsungnya majlis dan selepas majlis. Suami, ibu bapa, ibu bapa mertua serta rakan baik pula sentiasa ada apabila diperlukan. Diharapkan penulisan saya dapat memberi inspirasi kepada pasangan mempelai yang bakal membina masjid dan melengkapkan agama. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang 'ganjil'. Remember Islam turun pada waktu ganjil dan akan berakhir pada waktu ganjil juga. Saya dan suami ni orang biasa-biasa je tapi sebab suami jenis yang tegas bab-bab agama jadi saya sebagai isteri kena ikut hehe. Niat dihati untuk menyebarkan positiviti, maka jauhi negativiti!

Sehingga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang :) Nanti saya nak tulis tentang persediaan majlis pula supaya senang korang nak buat rujukan. Tapi kena tunggu gambar daripada official photographer MaroonProduction Stay tune! Salam Ramadhan semuaaaaa~~~


Credit toCreativo for the pictures. Follow our instagram @dr.afl for more pictures.
Thank you for reading this entry !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 151