Quantcast
Channel: Fatin Liyana
Viewing all 151 articles
Browse latest View live

Resipi : Spaghetti Beef, Mushroom & Cheese Bolognese

$
0
0
Assalamualaikum


Aku suka makan spaghetti bolognese. Kalau aku ada kat rumah seremban, selalu jugak aku buat. Well, bukan sebab nak tunjuk rajin atau tunjuk pandai. Jauh sekali... Tapi, sebab aku kedekut wahahaha! Serious wey! Aku tak boleh terima la harga spaghetti lebih dari RM10. Kamon la der, lu setakat campak tomato dan daging kisar , lu nak charge mahal-mahal. Bagi akulah, harga sepatutnya bagi sepinggan spaghetti adalah RM4.50. Eh tak tak, RM 2.70 (termasuk tax) pon dah kira ekonomis sangat.

Anyway, bila buat bolognese, selalunya aku pakai sos Prego. Harga dia dalam 4 inggit lebih la setin. Tapi tadi aku terfikir, kalau aku pakai tomato (sebenar) bukanlah lebih murah? Amek kau, mana kau nak jumpa orang kedekut macam aku ?? Dah murah lagi mau murah kekekekeke.

Apepon meh aku nak berkongsi resepi Beef, Mushroom & Cheese Bolognese yang aku baru reka sebentar tadi ( alaaaa setakat bolognese boleh la kau reka, cuba rendang tok, mau gigil lutut hakhak )



 : Bahan-bahan :

Spaghetti
5 biji tomato (RM 1 wahaha murah!)
1/2 daripada 1 tube daging kisar
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili giling
3 sachets VONO Mushroom Cheese Instant Soup
Daun bawang


: Cara-cara :

Celur spaghetti, jangan lupa letak minyak sikit untuk mengelakkan ia melekat

Tomato Puree
Buah tomato dipotong dadu. Didihkan di dalam periuk sehingga tekstur menjadi hancur. Sukatan air terpulang.

Bolognese Sauce
Tumis bawang dan cili giling. 
Apabila sudah terbit minyak, masukkan daging kisar. Gaul sehingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato puree, Vono Mushroom Cheese Instant Soup & garam.
Let it simmer/boil gently. Once dah boiled, letak beberapa genggam daun bawang. 
Voila !


Tomato is loaded with folate, Vitamin C & potassium =) Sangat nutritious!

Bagi aku sedap juga pakai raw tomato! Boleh rasa tekstur tomato tu bila makan. Lagipon, ia adalah organik, tak payah beli tomato dalam tin yang ada pengawet. Aku suka hati je masukkan Vono Mushroom & Cheese soup untuk menambahkan kelikatan sekaligus memberi rasa cendawan dalam bolognese sauce ni =)


Served with potato salad on top. Budak-budak mesti suka Beef, mushroom & cheese bolognese ni sebab rasa dia tak berapa pedas & creamy !


Kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba boleh la cuba ya. I'm still learning kan, malu pulak nak berkongsi resepi sendiri hihi. Sekali tak sedap mampos haku. Tapi tekak aku kata sedap, sebab tu aku konfiden update kat blog tauuuuuuuu kemahenn =')

Anyway ramadhan pon dah semakin hampir. Mungkin korang boleh try masak and jadikan ia hidangan berbuka buat keluarga? Banyak tau dapat pahala, dah la nak bikin benda ni senang gila hee. Disini aku selitkan satu hadis riwayat Tirmizi no 735 :


"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit "


Thank you for reading this entry !

Weddings!

$
0
0
Assalamualaikum

Aku ni jarang sikit nak attend weddings. Tapi semenjak sudah mencapai lingkungan umur optimum, ramai pula rakan-rakan yang sudah diijabkabulkan. So mestilah aku datang kan. Kang aku kawen takda sape nak datang sebab masa tengah single dulu kerek wahahaha.

Pada 30 Jun yang lepas, aku gerak pergi Melaka. Ada 2 weddings yang nak kena attend. 1 adalah wedding Saidatul Fatiha, teman rapat aku ketika aku upper form di SBPI Selandar dulu. Lagi satu adalah teman blogger, Irine Nadia =)

Sai merupakan teman sekelas yang aku paling rapat ketika di upper form dulu. Lepas habis sekolah, Sai ke Russia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Aku pulak ke Bandung kan. So kitorang macam lost contact. We finally met on her wedding day after 6 years apart !


Hubby dia pon medical student dekat Russia. Diorang ni nak masuk final year. Alang-alang masuk final year, terus diorang finalkan zaman bujang diorang wahahaha (ko hengat lawak ke patin?) Lepas ni dorang balik ke Rusia sesama dan tinggal serumah. Bestnya duit sewa ghumah dibahagi dua. Duit lebih tu bulih buat beli kasut charles & keith muehehehe.

Kemudian bergerak ke rumah Irine Nadia yang terletak di Masjid Tanah. Ha kalau wedding tadi penuh dengan doctor-doctor, wedding kali ni pula penuh dengan blogger-blogger. Dah kata blogger, di tangan masing-masing mesti ada camera. Bukan camera cap ayam ok, semua camera yang ternama, terbilang dan gemilang. Yela kang kalau gambar gegar, anonymous datang complain. Eh jahat pulak mulut haku kan wahaha.

Anyway, aku kenal Irine dah lama. So aku memang tau Irine ni sukakan sesuatu yang indah =) Dia memang suka bab-bab decoration  ni. So seperti yang aku sangka, wedding Irine ni adalah wedding tercantik yang aku pernah pergi. Everything was beautifully decorated ! Her dress was stunning, lain dari yang lain. I believe her hard work pays. Bukan senang you know to get the 'best' designer, make up, wedding planner etc. Semua ni perlukan hard work, patience and of course money hee.


With akak penmerah !! Kitorang jumpa terus jadi kawan baik ok. Punyalah peramah dan kepala layanz! Gambar-gambar yang ada ni semua guna camera dia hee. Baik hati gila dia pergi emailkan aku berpuluh-puluh gambar padahal aku guna sikit je weeeee. Maceh kak!


 Baju Irine ada ekor tau jangan main-main. Designer baju ni Rico Rinaldi =) Cantikkan!


NisaKay yang sangat comel mata besar! I wore ThePoplook's Penny Chiffon Maxi Dress Brown Blush (size S)


Masa ni dah hujung-hujung, ramai yang dah balik. Sebab tu Irine memberi layanan VVIP kat kitorang. Kalau tak jangan harap Nawal, Aza & Kakmas nak dapat pegang ekor dia hahahaha


Amirul & Fakhrine Nadia. Sangat sepadan pasangan ini, ditambah pula wedding yang sangat cantik. Kitorang pon verangan nak wedding camni. Ok mode verangan on! pstt tengok Iya, over tau hahaha.


Hadiah wedding Irine. Comelsssss! Aku dan kakmass belikan pasangan ini set bilik mandi love-love! Irine punya fav colour kan pink, pastu mesti dia suka decorate ghumah dia kan? So I hope you like it =)

Kepada kedua-dua pasangan ini saya ingin memberi ucapan dalam bentuk nyanyian chorus lagu Maher Zain kepada anda! Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma waljama'a bainakuma fi khaiir. Kenapa saya ucapkan ini? Kerana ia adalah doa yang sunat kita ucapkan kepada pasangan pengantin. Potongan dari hadith Abi Daud, Tirmizi dan Abi Daud :

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir


Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.


Thank you for reading this entry !

Resipi : Potato Salad

$
0
0
Assalamualaikum

Aku suka makan salad sebab dressing dia sedap! Selalunya makan green salad je, jarang nak makan potato salad sebab bila pikir je rasa macam kembang tekak. Potato dah lah muak, lepas tu letak mayo, double muak. Few years back when I was in Japan, my host mother suka buat potato salad with egg. Hmm it was oishii ! But recently, I have found an oishii-er  & simpler recipe. Thanks to myresipi.com =)

Courtesy of Google Image. Now I am proudly announced that I am a big fan of Potato Salad!

: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa


: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!


Sangat sedap apabila dimakan sejuk. Boleh buat banyak-banyak, simpan dalam fridge. Bila lapar tak perlu drive thru ke mcd, hanya perlu drive thru ke fridge aje haha bajet lawak.


Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan side dishes dengan black pepper steak, chicken chop etc.

Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete. Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice. Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!


Thank you for reading this entry !

Salam Ramadhan !

$
0
0
Assalamualaikum =)

Ramadhan is coming very soon, like in couple of minutes! Dear, my fellow brothers & sisters do take this opportunity to gain as much pahala as you can. It only comes once a year and it will be a great lost if you don't do anything! I am not a good muslim either, but will try to be better compare to last year =')

I've googled few images which I found very useful. Just want to share em here supaya semua orang senang, no need to google lafaz niat anymore kalau terlupa! (Well puasa ramadhan setahun sekali, ehem mesti ada yang terlupa - akulah tu muehehehehe )


Lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan dan doa berbuka puasa (yay makangg!)




Selepas itu kalau tiada kesempitan waktu dan kekangan marilah kita menunaikan solat sunat tarawikh. Lafaz niat solat sunat tarawikh ada di bawah :



Untuk penutup kita buat solat sunat witir kan, so ini adalah lafaz niat solat sunat witir :


-------------------------------------------------------- 

Some Do's & Dont's =)


Ganjaran yang Allah kurniakan =') Baiknya Allah.


Jadi selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia! 

Thank you for reading this entry !

Keep Calm & . . .

$
0
0
Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Pstttt : Such an eye opener kann =') Tersedar I dari tamparan realiti, terus share kat blog ha. Walaweyyyy, mood verangan automatically off. 








p /s : Copypaste dari status Hamzah Ian & Cik Epal. Thanks a bunch! Yeah yeah there you go an effortless entry.


Thank you for reading this entry !

Berhubunglah

$
0
0
Assalamualaikum


Kalau masa aku sekolah dulu, pertengahan bulan puasa adalah masa yang aku paling tertunggu-tunggu. Sebabnya, pada waktu itu orang dah start pos kad raya muehehehe. Masa itulah tiba-tiba terasa reconnected dengan segala adik angkat, kakak angkat, kawan baik, kawan camping, budak kelas mahupun cikgu praktikal.

Aku ingat lagi, dulu kalau pilih kad raya, aku mesti double standard. Keji gila wey hahaha. Untuk kawan-kawan, aku biasa bagi yang 10 biji, rm3.50 tu. Murah. Kalau untuk cikgu ke, adik veradik ‘angkatan’ ke barulah aku bagi yang 10 biji, RM5.50 tu. Terpancar la sikit keikhlasan tu khennnn tettttt.

Tapi sekarang, mana ada dah kad raya bagai ni. Semua dok share-share gambar ‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin’ and then tag 150 orang. Pastu recepient terus untag sebab got annoyed dengan never ending notifications. Anyway, adakah aku sedang menggambarkan ciri peribadi lololololol.

Sekarang U mobile ada buat apps best lagi free untuk korang manipulasikan sepanjang minggu lailatulqadar ini. Korang boleh hantar text/voice/video message secara peribadi dekat orang tersayang atau tak sayang sangat (pon boleh…) Ha inilah masanya untuk get connected again dengan orang yang dah lama korang tak contact. Mungkin ada persengketaan di waktu lampau, sehinggakan hendak tulis di wall juga malu aminyominyo. I heard you friend, I heard chu. Go to ueratkanlagi.my and get started.


 Kalau nak send message peribadi click eratkanlagi.


Bolehlah pilih cara penyampaian mesej anda. Cool gila weyh. ikut je 5 simple steps seperti yang tertera di page tersebut.



Inilah personal message yang Datin korang akan terima wakaka ! Sungguh manipulative.


Jangan lupa juga untuk tonton webisod (aww cute word) episod 1 – 5 tau. Sekarang episod 1 – 2 dah out. Dalam webisod ini, Aliff( baju biru ) ada cerita baik yang nak disampaikan tapi hanging! Kena tunggu episod terakhir barulah kita akan tau apa cerita baik si Aliff ni.


Thank you for reading this entry !

Only in Korea....

$
0
0
Assalamualaikum

That is an apron.

Only in Korea...they provide you with the aprons while eating to protect your clothes from the popping red sauce! Daebak !!


Thank you for reading this entry !

Rage Against Makcik Kedai

$
0
0
Assalamualaikum


Semalam aku dengan groupmates Psychiatry posting pergi ke HKL untuk melawat Klinik Methadone. Pukul 7.30 macam tu aku dah tercegat sensorang tunggu van. Mengantuk dan lapar. Tapi oklah jugak, pagi tadi aku sempat breakfast makan quaker oat and minum susu nespray secawan. Mai sechewennn. Eh tetiba nak sechewenn kan. Lepas semua orang dah gather, moh la kitee bergerak ke HKL. Pukul 8.45 kitorang sampai ke HKL setelah meredahi lautan jem %%^@@@#$67.

Sampai-sampai Klinik Methadone, ada bau tinja atau nama kampungnya ......taik. Ihik malu itew nak sebut. Well, taktau plak aku kalau klinik ni kelihatan seperti tandas sehingga menyebabkan kekeliruan buat para pesakit. Kitorang disuruh duduk sementara menunggu Medical Assistant (MA) untuk entertain kitorang. Despite of bau taik yang sangatlah strong, rilek je masing-masing study sambil menunggu. Budak medic kan, dimana sahaja adalah library bagi kami. (Bab tokok tambah adalah kemahiran aku thank you!)

Kemudian datanglah seorang penyelamat dunia iaitu pekerja Radicare dengan sebatang mop sakti. Perlahan-lahan beliau mempersembahkan kemahirannya dalam mengemop lantai menggunakan mop sakti serta cecair ajaib. In a split second, deria bau kami telah kembali activated. Sila berterima kasih kepada staff sokongan pembersihan ok, tanpa mereka habislah dunia kucar kacir =')

Setelah mendapat penerangan dari MA dan doctor in-charge, kami berasa gembira kerana tak payah baca buku yay, dah ada orang explain. Tapi over tau MA tu buat sesi quiz pulak depan tandas. Kasihan patient yang nak buat urine test. Anyway, patient yang ada dekat klinik Methadone semuanya adalah penagih dadah. Methadone adalah sejenis long acting synthetic opiod yang diberi kepada penagih dadah yang sudah insaf dan menyesal beribu sesalan serta mahu kembali kejalan yang benar. Methadone ini dapat mengurangkan ketagihan atau drug-craving. Sila dapatkan info di hospital dan klinik-klinik kesihatan yang terpilih.

Dalam pukul 11.30 pagi macam tu, sesi kami telah pun tamat. Kini tiba masanya untuk menikmati hidangan tengahhari. Kami decide untuk makan di medan selera depan HKL. Nampak macam buruk, tapi bila masuk hmmm hambek kau 10,000 calories yang terhidang di depan mata. Banyak jugak lauk yang ada. Aku tak boleh sangat banyak-banyak lauk ni, nanti aku taktau nak makan apa haha.

Aku mintak nasi separuh je sebab aku tamak ingat nak makan lauk banyak-banyak. Tengok bahagian ayam, ada ayam bakar, goreng, masak lemak kuning, masak merah, sambal, kicap, rendang, sup alahai penatnya nak type. Ikan, sotong, udang, tempe, tahu, ulam, sayur, bergedil ha apa lagi. Malaysia ni kan memang kaya dengan makanan. Sampai orang mati sebab terlebih makan bukan tak cukup makan.

Sebab banyak sangat pilihan makanan, otak aku jadi haywire dan terus jammed. Last-last aku ambil lauk 1 ekor sotong sambal (saiz seperti jari tengah), sambal kentang dan ulam-ulaman. Wah wah gadis melayu sangat. Masa aku pergi basuh tangan, bos tu datang kira. Dia selitkan kertas bawah pinggan aku. Lepas itu aku pergi beli buah tembikai dan air teh o ais.

Aku pon duduklah dan makan tembikai dulu. Ingat sunnah nabi, makan buah dulu sebelum makan nasi ok. Lepas tu, aku tergerak nak cek kertas yang dia selitkan bawah pinggan aku. Nak jugak tau berapa harga makanan aku yang cenonet tu kan.


' RM 6.00 + RM 1.00 = RM 7.00 '

What the.................... I CANNOT BRAIN THIS.


Disebabkan aku ni jenis yang suka mempersoalkan sesuatu benda, maka aku panggil bos tu dan nak dia clarify kat aku bagaimanakah dengan mengambil seekor sotong sebesar jari tengah, sesenduk sambal kentang, ulam dan nasi separuh pinggan boleh membawa kepada harga sebegitu mahal. Bos tu perempuan, dia datang dengan senyuman penuh di muka lepas aku panggil dia tu.


'Ye sayangggg kenapa ' <---sayang sayang lepas tu cekau duit aku hmppph

'Saya nak tau harga makanan saya ni'

'Nasi adik ni RM 6 , ulam RM1'

'Macam mana boleh RM 7? Mahal benar. Bagitau saya harga setiap lauk yang saya ambik ni'

'Er, er memang RM 7 dik...takpe nanti bayar kat saya, saya bagi diskaun tau'


Pelik aku, sejak bila makan dekat nasi campur ada diskaun. Lepas itu kenapa dia tak boleh jawab bila aku tanya harga lauk tu satu-satu. Kalau memang betul harga sotong tu sekian sekian, so bagitau jelah. Aku memang bengang masa tu. Walaupun muka aku kelihatan seperti insan yang lemah, tapi otak aku still functioning. Ingat aku nak senyum je lah, bayar kat dia RM7 senang-senang sambil membukukan curiousity dalam hati. Masalahnya member aku makan ikan bakar besar-besar, ada yang makan udang dengan lauk lain tapi harga dorang sume tak lebih dari RM 5.50. Lepas makan tu, aku jumpa bos tu.


Bos, saya nak bayar. Tadi kata ada diskaun kan '

' Ye jangan risau, untuk adik akak kira RM6.50 je...'

' RM 6.50? Ok akak bagitau saya harga lauk yang saya ambik. Sotong berapa '

' Ish adik salah faham ni, harga makanan adik ni dah masuk air '

' Sejak bila pulak masuk harga air ni, air tu kedai lain. Aku tunjuk kertas harga air yang akak kedai air bagi. Tadi akak cakap lain, sekarang lain '

' Oh oh silap silap. Ni dik barang memang dah mahal sekarang ni...akak orang meniaga dik '

' Kot ye pon dah mahal, takkan sotong kecik macam tu charge sampai RM 4 seekor? Macam dah harga ayam ngan ikan dah. beragak sikit kak '

' Memang gitu dik...akak nak buat macam mana..oklah oklah jadi adik nak bayar berapa, RM 6 ok tak? '

' Akak, saya baru datang kedai akak first time, akak dah buat saya macam ni. Lepas ni taknak saya datang sini lagilah kalau akak macam ni. Tak sedap lah macam ni. '

' Dik dik jangan begitu, ok ok adik nak bayar berapa '

' RM5 '

' Janganlah dik.... '

' RM5. Sotong RM 3 + Sambal Kentang RM1 + Nasi separuh, ulam RM 1. Lebih saya tak mau bayar '

' Ok dik, untuk adik apa saje..terima kasih dik datang lagi ye '

' Ok kak, thank you. '


Aku berlalu pergi dengan satu senyuman kemenangan. Puas. Tak sangka makan kedai nasi campur pon boleh dapat diskaun sampai RM 2 hikhik. Aku bukanlah kedekut sangat, tapi hak kita, kita kenalah tau. Jangan sampai orang senang-senang je nak perkotak-katikkan diri kita ni okay! Apapun selamat hari Merdeka buat semua pembaca blog ini. Semoga negara kita akan terus aman makmur, jauh daripada kacau bilau yang tidak necessary dan yang paling penting, selamat untuk didiami. Take care!


Me in ThePopLook's Reva Green Blouse. I love my country. Do you?


Thank you for reading this entry !

Only in Korea....II

$
0
0
Assalamualaikum

Ini adalah susu pekat manis .. 


Ini pula adalah susu pekat manis di Korea !!! Comel gila OMG!


Rasa macam mahu menipu rakan serumah dengan mengatakan ' Kengkawan meh la try masker terbaru  aku ni ' buahahahahahaha kbye


Thank you for reading this entry !

Dissociative Personality Disorder..

$
0
0
Assalamualaikum

Kadang-kadang aku rasa macam aku ada 2 personality hehe... Ada dua kehidupan .. Dua perwatakan ..   yang totally berbeza ! At times, rasa macam eh aku ni tengah berhikpokrit ke atau diri aku memang macam ni. Suka tau konflik dalaman sensorang ... biasalah haku kan suka berdrama


Covergirl untuk Majalah Dara.com isu Oktober 2012. Dapatkan ini jam jugak secara berbayar di semua kedai buku yee. Matilah nak sponsor sumeorang kekeke


Gerekkk sehhh ketua blok D5/D6 ni mehehe ='P



Insyaallah bila free nanti aku update ye cerita pasal Dara.com ni hee.. Jangan lupa beli ya! Thanks Kak Fiza, Puan Editor and team Dara.com yang sudi menjemput saya sebagai covergirl. Thanks jugak kat pembaca blog daku yang telah menjulangkan nama honeykoyuki di persada donia. Yeah donia. *Like a boss*


Thank you for reading this entry !

Menuju ke arah postur badan yang cantik !

$
0
0
Assalamualaikum


' Fatin tegakkan badan ko sikit la '
' Dah tegak la '
' Nampak bongkok la dalam gambar, tarik bahu ko kebelakang '
' #^%$# '


Setiap kali pergi shoot dengan AnnasEaskey, mesti kena marah sebab posture tak cantik. Bahu kedepan la, bongkok la, muffin top la. I iz sad.

Well aku ni kira dalam golongan kurus la. Berat 47kg tinggi 160cm. BMI aku pon tidak mencecah nilai normal. Tapi sebab pipi aku yang tembam dan bulat (Yepp inherit it from my mom!) jadi aku tidaklah nampak kurus. Especially dalam gambar! Ya know those pembiasan whatsoever physics thing, camera membuatkan kita gemuk 10kg. 10kg tau.........fengsan. Siapa yang cakap aku chubby bila aku upload gambar kat FB tu... takpe... aku maafkan. Siapalah kita untuk menentang hukum fizik..tak gitu? Mehehehe

Jadi walaupun aku kurus, tetapi tidak bermakna posture aku cantik. Nak nak.. haa aku ni memang ada satu habit buruk. buruk nm. buruk nak mamp. Aku gemar membongkok. Faham tak bila aku duduk, aku boleh form bentuk 'C'. Kadang-kadang bila aku berdiri, bahu dan perut aku kedepan, chest aku kebelakang. Haa pening tak kepala otak korang nak membayangkan?


Something that looks like this. Bahu dan perut kedepan, chest kebelakang. Bersimpang siur badan ko Keira Knightly oi..(eh Keira je ke? hahaha)


Tabiat ini bukan sahaja tidak manis dipandang, malah tidak bagus untuk tulang belakang. Nak nak perempuan bila dah menopause nanti, memang tend to bongkok kan.. Wuwuw sebenarnya aku sedar diatas kesilapanku, namun tiada apa yang dapat kulakukan. Ada jugak aku download yoga la pilates kat Ipad apps. Tapi hampeh, dia bagi 3 je video free lain sume kena bayar. Dah la yang free tu setakat tarik napas je, itu takyah ajar pon aku tau camna nak tarik nafas haha.. Well sebenanya 20% sahaja kesalahan apps tersebut, lagi 80% adalah kesalahan aku yang m-a-l-a-s.

Disebabkan masalah ini, Annas being so caring (aw!) telah membawa aku pergi jumpa Salha Zain, top agent Premium Beautiful. Kak Salha ni pangkat dia CDM (Crown Diamond Manager) kira yang paling tinggi dalam PB ni. Melampau tak hengat si Annas ni kan? Annas bersungguh la setkan date dengan kak Salha ni sebab Annas nak suruh aku pakai corset. Aihh I iz malas. Tapi nak cantik. Acaneeee tu ? Combination yang sungguh messed up. Haha. Aku ni skeptikal sikit la pasal corset ni sebab dulu ada la jugak beli corset brand benda apa ntah kat Jusco. Terpaksa pakai untuk dapatkan posture yang cantik masa buat modelling dolu-dolu. Tapi ketat nak mampos, chest tak boleh nak expand, kaki berbirat-birat macam kena dera aku pon dah rejam mana ntah corset tu.

Aku macam surprise jugak, sebab kak Salha Zain ni dia measure dulu body aku before giving the correct size. Kiranya tak samalah macam corset yang aku beli kat Jusco dulu tu, hanya ada 3 size (S, M, L). Korset PB ni custom made, dia memang ikot ukuran body kita la supaya tak terlalu ketat atau terlalu longgar. Kalau pakai korset longgar bek ko pakai kain batik je wakakaka.


Semangat aku pakai korset sebab nak jadi macam Kate Middleton. Kate kurus tapi ada curve dan posture yang sangat cantik !! Tak lama lagi Kate bakal ada pesaing bhahahaha. Verangan is my middle name thank you hahaha


Pengalaman Memakai Korset Premium Beautiful (PB)
Hari ni hari ke 6 aku pakai PB. Baru pakai hari ke-6 dah cerita pasal pengalaman elehh lorat ah. Yelah kalau aku tak cerita, nanti korang inbox aku sensorang pulak and tanya 'Best tak kai PB, ada perubahan tak?' ha... kalau sorang takpe..kot dah beratus-ratus orang tak kena kematu jari jemari I nak menaip? So baiklah aku tulis sensiang..

PB ni comprises 3 pieces. Long Bra, long girdle dan waist nipper. Masa memula nak pakai long girdle, memang macam bertarung dengan nyawa sikit. Boleh bawak bergaduh haha maybe sebab first time kan. Tapi bila dah pakai ok je, selesa. Tak ketat sangat dan memang body hugging. Long bra ok. But my favourite is waist nipper. Bila dah pakai long bra and girdle, posture dah tegak tau. Tapi bila pakai waist nipper, bertambah-tambah tegak. Lagipon body nampak kemas je, without lemak lebihan tersembul sana sini :)

6 hari aku pakai, dah ada perubahan yang bagi aku ketara. Especially in terms of posture and curvature. Main concern aku pakai korset pon, adalah untuk menjaga posture & tulang belakang kan. Meh aku tunjuk gambar, posture aku duduk, before and after. Which I am so happy right now!


 Before. Suka duduk macam ni, badan bentuk C.


Before. Bahu kedepan kan? Dah jadi habit...


After. Walahh terus kelihatan professional gitu. Ya saya Dr Fatin Liyana apa nak mc sila hilang dari pandangan mata saya sekarang kbye


Bab posture ni memang aku puas hati ;) Memang menambahkan konfiden serta rasa sihat. Bila aku pakai white coat nampak terletak je hehe :p. Kawan-kawan pon ada tegur, asal semangat sangat dengar lecture walaupun menguap wakaka. Hebat kan? Waist nipper tu automaticly dia macam tegakkan posture badan aku, even aku try to bend/bongkok, jadi susah. In fact, bila aku bongkokkan badan, rasa sakit dan tak selesa. Yang penting sekarang insyaallah tulang belakang dah in correct position, blood flow semua lancar dan semoga dihindarkan dari segala penyakit! 

Oklah have to admit yang body aku ni flat tapi my perot iz azboncet (sad). Boleh buat garis lurus dari pinggang ke pinggung, imagine the straight line! (double sad). Pakai korset ni, boleh la feeling-feeling ada pinggang sikit sebab dia kecik kat bahagian pinggang kan. Korset ni kan well-fitted, so dia akan re-distribute fat kita tu accordingly. Sebab aku ni flat dan macam takde harapan sangat, so tak endahkan sangat je. But to my surprise...pinggang aku masa Kak Salha mula-mula measure adalah 68cm, sekarang ......


63 cm (without korset) after 6 days mehehehe. Cakap sekarang kabahagiaan tu milik siapa??

Aku macam eh eh pehal pinggang aku macam lekuk ni mehehe suke suke. Anyway, tadi aku ada cakap camera buatkan kita gemuk 10 kg kan? Ha meh aku nak tunjuk bukti. Walaupun aku kurus tapi perut aku ni azboncet sket (hihi malu). Tapi boncet boncet aku pon takdelah macam dalam gambar ni. Geram lak aku...lelebih sampai nampak cam pinggang aku besau nau.


Before. Ni pandangan sisi tau, bukan patutnya dari sisi nampak ramping ke?


 After...nampak kemas sikit kan? Terletak je baju kurung tu =) Rasa lebih confident!


Selain daripada itu memang ada perubahan pada bahagian chest tapi aku taknak eloborate lebih sebab I iz segan hehe. Dari segi berat badan, tidak pasti kalau berlaku sebarang penurunan sebab aku tak timbang (kena pegi wad untuk timbang sebab bilik takda penimbang). Tapi kalau berlaku penurunan pon, maybe disebabkan aku makan tak banyak.

Nafsu makan banyak, tapi bila makan cepat kenyang. Kalau paksa nanti rasa nak muntah. Memang logikla sebab korset ni kan well-fitted, so dia prevent daripada makan banyak-banyak hehe. Baguslah sebab aku ni bangsa yang kalau makan, lauk nak banyak je. Mentang-mentang genetic belah ayah semua kurus-kurus, aku ambik kesempatan la tibai makanan sebab susah badan nak naik kan. Tapi sangat merisaukan sebab kurus tak semestinya sihat. Lagipon orang kurus selalu cholestrol tinggi kan. Ritu aku pegi check cholesterol level. Risau sebab makan banyak masa raya kan.  Nasib baik normal ffuuuhh. Berpeluh-peluh tunggu result, padahal cek kat computer je pon.

Itulah serba sedikit pengalaman aku memakai korset PB. Itu baru 6 hari pakai, kalau lagi lama mungkin lagi banyak perubahan yang ada kan. Aku pakai lebih kurang 8 jam sehari. Pernah jugak try bawak tidur (desperate habis) haha, selesa la jugak. Takdelah rasa renyah ke apa, tapi kalau pakai baju kelawau lagi seronot. BAJU KELAWAU FTW. So far aku berpuas hati dengan korset ni. Kira impian aku untuk mendapat posture and curvature yang menarik dah terhajat. Kalau korang tanya aku, berkesan ke tak, insyaallah berkesan kalau korang displin.. Yelah, nak diet pon kena displin, nak belajar pon kena displin semua benda yang kita buat kena ada displin kan hee. Insyaallah.

Please jangan tanya aku apa-apa pasal PB sebab aku cakap based on pengalaman aku, so aku tak tau lebih-lebih hehe. Kalau nak tanya pasal korset ni atau nak beli boleh tanya my consultant kak Salha Zain. She'll explain everything that your ears wanted to hear. She's nice and friendly, lagipun macam aku cakap tadi, pangkat dia dalam PB tu adalah yang tertinggi, so kira memang expert habis a. Dah lama dia dalam bidang ni tau. She will guide you through out the process. Lagipun haruslah, sebab korset ni ada lifetime warranty. Selagi ko ada nyawa, selagi tu ko akan jumpa Kak Salha kalau korset ko ada problem hehe. Selain daripada itu, kalau sesiapa yang berminat nak start business PB ni, boleh contact beliau jugak. Kak Salha kata dia sedia memberi tunjuk ajar kepada newcomers! Untunglaahh buat bisnes pon ada orang ajar.

Ingat contact Salha Zain bukan Fatin Liyana tau :)

My personal consultant :)

Salha Zain
012-222-9453
salha2910@gmail.com
www.salhazain.com
FB Fanpage : Here


Thank you for reading this entry !

Stokin

$
0
0
Assalamualaikum


Tadi aku nak cepat..keluar kejap beli barang. Cari-cari stokin tak jumpa. Aiihh adatla tinggal kat 2 ghumah ni kan. Ntah mana-mana aku campakkan. Cari punya cari, last-last jumpa stokin ni je....layan je lahhh... daripada kaki aku melecet kan


Seb bek pakai sneakers, takde siapa tau aku pakai stokin Kpop bhahahahaha *mr simple simple tenetnetnetnet


Thank you for reading this entry !

Hansaegee Nature Product Review

$
0
0

Assalamualaikum


Dah lama tak buat entry girly-girly mehehe. Baiklah! Hari ini aku akan buat review tentang product Beauty Clinic, yang diimport khas oleh Hansaegee Nature dari South Korea =) Memandangkan kulit aku pon tengah dalam keadaan terpaling sadis dek kerana exam minggu lepas, so marilah kita pamper kan dia for a while!

Inilah dia 3 products terpilih : 1. Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream 60ml, 2. Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack, 3. N.M.F Aquaring Ampoule Mask. Excited? Let's!



Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

Ini adalah nose pack. Alah macam nose pack biasa gitu. Tapi tapi nose pack ini tak macam nose pack lain tauuuu sebabnya dia ada 2 komponen. Pertama adalah Sulfur Nose Pack yang bertindak untuk menarik semua blackhead and lebihan minyak di dalam hidung. Kedua adalah Pore Stamping Serum! Serum ini bertindak untuk mengecilkan pori dan melenyapkan segala lebihan minyak yang mungkin terlepas pandang dek nose pack itu tadi. Hebat kan? Double action gituuu.

Let me assist you =) Ambil nose pack dan koyakkan packagingnya - Basahkan hidung supaya nose pack senang melekat - Tampal di hidung untuk 15 minit- Masa untuk remove the stripp ouchhh – Tak nampak blackhead ? Lemme zoom it for ya! - Ewww geli geli banyak gila excess sebum! - Jangan lupa Pore Stamp Serum, sapukan di hidung ya! - Yayyy blackhead sudah tiada, pori juga semakin mengecil weee!

Best sangat benda ni sebab hidung jadi licin dan berkilat. Yelah nose pack tu dia macam letak gam gajah kot, habis semua blackhead dia tarik keluar. Geli geliman sikit la kalau diamati betul-betul. Lagi satu, bab pores mengecil tu memang obvious gile kot. Patot a orang korea kulit tantek cis cis ! Harga RM 37.00



N.M.F Aquaring Ampoule Mask

Ok ini adalah face mask. NMF stands for natural moisturizing factor. Main ingredient mask ini adalah Hyaluronic acid. Macam yang kita belajar sains dulu, hyaluronic acid ni kan dia serap and store air. Kiranya kalau pakai mask ni, dia akan menyebabkan kulit kita jadi gebu dan moist. Selain itu effect tambahan adalah mengecilkan pores!


Mask ini sangat nipis dan sejuk, selesa sangat sampai aku terbawak tido wakaka. Patutnya pakai 20 minit sudahlah. Overtau siap pakai overnight. Kesan : Muka nampak hydrated, fresh and even whiter! Apasal macam terer sangat nih? Aku pon tak paham camne dia boleh bertindak mencantikkan kulit dalam 1 malam je? Adakah terdapat susuk di dalam nya??? Harga RM 10.90



Medieu Sensitive Sun Cream 60ml

Siapa kat sini tak pakai SunBlock? Harus pakai tau sebabnya cuaca panas macam kat Malaysia ni boleh mengundang skin cancer. Jadi untuk protection, haruslah pakai sunblock. Medieu Sensitive Sun Cream ni SPFnya 50 (which is good, kita kena pakai at least SPF 27). 

Memula aku tengok sunblock ni, hmm macam boring. Botol dia macam tak menariklah. Bukan Korea biasanya comel-comel ke? Sunblock ni macam zerious sket. Masa pakai, eh eh wangi la bau dia. Sebab selalunya sunblock yang aku pakai takde bau kan. Lepas tu, dia lembut dan tak greasy. Ini paling penting kot, kalau greasy baik tak payah pakai lah, buat sakit hati jeee. Tak pepasal muka berminyak kan..terlondeh-londeh spec I olls tau mehehe


Sunblock ni lembut dan ringan pada kulit, Bagi akulah, pakai sunblock ni rasa macam tak pakai apa-apa. Tau tak sunblock ni bertindak sebagai makeup base jugak? Korea ni suka tau double action bagai mehehe. Op op lagi satu, sunblock ni pon ada hyaluronic acid, the secret to a moist skin! Harga RM 81.50



My skin after using the Nose pack, NMF mask and Medieu Sun Cream (without any makeup on). Any improvement? Or not? Tetttt hehe. Ok mata panda tak boleh diselamatkan lagi. Any sponsor? Bhahaha byeee!


Get your product now @ Hansaegee.com
Mereka tiada kedai jadi haruslah beli online!


[Advertorial]
Thank you for reading this entry !

Geli

$
0
0
Assalamualaikum

Ramai pembaca yang bagitau aku, dorang nak tau macam mana life aku dekat hospital semua. Aku jarang cerita kat blog, entahlah aku lagi prefer cerita pasal life aku yang lagi satu tu (part bersuka ria tu memang aku suka). Tapi sebab korang dah request..insyaallah aku akan cuba update about my everyday life =)

Well, disebabkan aku hidup dekat dua dunia, so kawan-kawan aku memang ramai. Diorang pon datang dari pelbagai background. Dari budak medic ke model ke jual dvd harom ke customer service ke apa-apa jelah pekerjaan di donia ni. Oleh kerana latar belakang diorang sangatlah diverse, dorang selalu tanya soklan pelik-pelik dekat aku..aku pon tak tau macam mana nak jawab dah..


Rakan : Amek medic best weyh?
Aku : Oklah..best jugak
Rakan : Kira kalau patient berak camne? Bapak geli dowhhh
Aku : Kalau dia berak, berak lah..
Rakan : Pehhhh. Tak geli pulak kau?
Aku : Geli..
Rakan : Dah tu nak buat camne?
Aku : Biar jelah dia berak..boleh plak ko tahan-tahan orang nak berak
Rakan : Eee.. habis apa yang ko rasa kalau patient berak macam tu?
Aku : Busuk je lah
Rakan : Boring a cakap dengan kau
Aku : K

( -____- )

Nampak lembut..sebenarnya memang lembut pon hikhik (terus gelak kepit) minum pon air lemon..kaler pastel gitu...(takde kaitan i know) iolls ganeh dalam penulisan je.. mohon percaya dan sebarkan #


Siap pakai dress lagi, konon ayu lettew, hakikatnye marah nyamuk macam nak bertumbuk kahkah.... I'm wearing ThePopLook's Empire Combo Maxi Dress in Purple


Jalan-jalan KL pakai Peplum uolls! Bukan pelam ye.. jangan kasi malu den..sobut boto-boto yo.. I'm wearing Moddy's Delvina Skirt & Rosella Peplum Dress. Disebabkan peplum tengah in sekarang, aku pon turut menyemak, menyebok, kepochi dan sevagainya =)


How do you love my matching MNG Snakeskin Tote bag (Turqoise)? Got it from Moddy too!

Baiklah dunia fantasi sudah tamat. Besok harus menyarung white coat and terpacak di wad jam 7.30 pagi untuk sesi ronda-meronda (ward round). Bye!

Thank you for reading this entry !

Fatin Liyana Cover Girl Majalah Dara Oktober 2012

$
0
0
Assalamualaikum


Tak lamo dulu, sey ado koba kek blog yang sey ado jadi covergirl untuk majalah kesayangan para gadis kek lua sano. Kok ekau lupo..ni sey nak tunjukkan bukti. Tokan sini untuk bukti. Yepp, alhamdulillah majalah DARA telah memilih Fatin Liyana untuk menjadi covergirl =) Hooray for honeykoyuki for this achievement! (Won't do this without you guys, thanks!)

Kiranya ini adalah kali ke 2 aku menjadi cover girl untuk majalah. Kali pertama, adalah untuk majalah online Eternity edisi June 2012 (ekau tokan sini yo). Dan kali kedua, adalah untuk majalah DARA edisi Oktober 2012. Alhamdulillah. Tipulah kalau aku kata tak happy kan. Tipu giler.

Alang-alang dah bukak cerita pasal ni, biarlah aku menyeluk perkasam sampai bolongeh longan sey. Lama tak bagi peribahasa, sekali bagi pehhhh mantop! Anyway, percaya tak korang, kalau aku cakap 7 tahun lepas aku sebenarnya pernah pergi try out untuk menjadi covergirl majalah DARA? Yup 7 years ago.

Sebenarnya dari kecik lagi, aku memang minat benda-benda glamorous ni. Rancangan macam MTV Sweet 16, MTV Cribs, American's Next Top Model dah macam makanan ruji aku dah (hoi poyo!). Bahahahaha tapi siryes, aku suka verangan yang one day I'm gonna be famous and fabulous. Siap paksa mak aku supaya the whole family pindah Hollywood sebab Iolls nak jadi retis. Whatever sungguh pemikiran teenangers.

So aku pon mengatur strategi. Langkah pertama adalah mencipta nama di Malaysia (kecik kecik dah bimbo). Aku pon buat checklist tentang bakat yang aku ada. Menyanyi - Suara mendatar. Fail. Berlakon - Ingatan tak kuat. Fail. Modelling - Tak cukup tinggi, kena pakai shekshi. Fail. Genius - Belajar macam nak mati untuk dapat result gempak, maka bukanlah born genius. Fail. So conclusion, tiada bakat/kelebihan at all. Sedih.

Sampailah pada satu hari, aku ternampak majalah DARA di pasaran. Cool gila orang bertudung pon boleh jadi model bisik hatiku. Bisik lah sangattt khen. Aku go through the magazine and ternampak application form untuk menjadi covergirl DARA. Guess what, aku taktau apesal aku macam determine gila yupp aku hantar gambar dan terpilih untuk test shoot. Masa tu aku 16 tahun (2005).

Tapi uolls janganlah ingat iolls dulu bergaya hebak whatsoever. Apa yang aku buat macam tak kena dengan perangai aku. Aku ni pendiam, pakai baju macam syok sendiri, dah la tak datang kokurikulum sebab nak tengok cerita cina tengah-tengahari, pastu tetiba pergi test shoot DARA. Hello, what was I thinking?

That day came, my mom accompanied me to KarangKraf, all the way from Melaka. Yelah masa tu aku sekolah dekat SBPI Selandar, Melaka. Pakai kemeja, seluar jeans bell bottom dengan tudung bawal. Konon dah paling cantik masa tu bahahahaha. Sampai-sampai office KarangKraf terus down sebab yang datang semua lawa-lawa, muka lawa, baju lawa, posture cantik, boleh pose dan yang penting semua dah habis sekolah. Aku? Pfffftttt. Cakap pon menggigil, disuruhnya pose tapi malu dan langsung takde personality yang menarik untuk diperbincangkan. Maka pulanglah aku dengan kehampaan. Lepas daripada hari tu, aku terus melupakan niat untuk menjadi famous and fabulous. Aku berpijak di bumi yang nyata dan rajin membuat latihan matematik tambahan untuk masa depan yang cerah.

5 tahun sudah berlalu, setelah mendapat masa depan yang cerah, (masa tu tengah buat medic 2nd year - 2010) aku dipanggil oleh majalah DARA. Well kali ini, aku dah jadi blogger. Tapi tak famous sangat la, bajet famous je lebih. Tapi dorang panggil bukan untuk jadi cover girl, tapi jadi model untuk ruangan make over. Sebagai seorang yang tamak dan tak sedar diri, aku still tak berpuas hati. Aku nak jadi covergirl =')

In 2 years duration, DARA memang ada call few times suruh jadi cover girl, tapi with one condition. Kena take off my braces. Kalau braces aku ni pakai buang macam pampers tu boleh lah iolls buang. Tak gitu? Ini sangatlah menyakitkan jiwa, sebab banyak kali kak Fiza (wartawan DARA) call and tanya 'Dah bukak braces? belom? ok kalau dah bagitau akak ye...' Sebab banyak kali sangat dapat call, aku pon akhirnya pasrah lantas berkata, 'Kalau saya dah bukak braces saya contact akak la ye..akak takyah call saya lagi..kesian akak'

Seriously, pada masa itu memang aku dah tak berminat nak jadi covergirl. Macam banyak sangat halangan. Dulu masa bebudak tak sesuai, bila dah sesuai tapi pakai braces pulak. So baik aku buat hal aku jela, tulis blog lagi bagus. Takde siapa kesah aku macam mana. Pakai braces ke, gigi gongak ke, perut belipat ke, tangan external rotated ke, janji blog aku best. (Best ke?) Daripada nak harapkan sesuatu yang tak pasti. Walahh ayat aku. Memang aku kuburkan impian aku untuk jadi cover girl since then.

Sampailah dalam bulan 8 (2012) haritu, kak Fiza call lagi :


Fiza : Fatin, kak Fiza ni, Fatin free tak? Nak panggil jadi cover girl ni!
Fatin : Tapi saya pakai braces lagi (direct gila jawapan)
Fiza : Takpe, editor kali ni tak kesah pakai braces ke tak =)
Fatin : Seriously? Nak!


So yeah. Pengakhiran yang sangat manis. Imagine, 7 tahun lepas aku menanam impian, 7 tahun kemudian barulah impian itu diperkenankan. Dalam tempoh 7 tahun tu, macam-macam aku lalui, tak fikir dah nak glamour whatsoever. I just go with the flow. Living life in my own way. Ada rezeki, bersyukur, tiada rezeki, redha. Dalam hidup ni kita kena banyak bersabar dan jangan terlalu pertikaikan kenapa things don't work accordingly. Nasib baik aku tak ikotkan sangat kehendak aku yang bimbo dulu. In the end, aku dah jadi seorang yang realistik, tak mahu berpindah ke hollywood dan telah decide untuk menjadi seorang doktor bukan seorang selebriti =)


 Blogger Fatin Liyana Tak Kejar Populariti ehemmm tak sure sangatlah pasal ni bahahaha


Nasib baik tak jadi covergirl masa umur 16 tahun dulu, kalau tak memang disaster. Walaupun pada umur 23 tahun baru dapat jadi covergirl, tapi at least at this stage, dah banyak kejayaan/kenangan manis yang aku dah kecapi =) Alhamdulillah Allah adalah perancang yang paling baik.


Terima kasih semua, kerana kerajinan anda membaca blog honeykoyuki, maka Fatin Liyana secara tak sengajanya telah mendapat nama muahhxx =) Terima kasih jugak dekat Kak Fiza kerana tak putus-putus call aku selama beberapa tahun. Sehingga hari ini, aku masih mendapat panggilan dari TV dan magazine namun aku terpaksa menjadi selektif untuk mengelakkan perkara seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita terpaksa melukakan hati orang lain untuk decide yang terbaik untuk diri sendiri.

Sebelum korang bertanya baik aku menjawab. Aku memakai tudung syria berlace dariEdast Boutique. Dan gambar ini adalah selingan, tiada kena mengena dengan majalah Dara. Aku upload sebab rasa macam comels ihikhik.

Take home message pada hari ini adalah, Allah maha mengetahui apa yang kita fikirkan/kita nak, jadi janganlah bersedih kalau kita tak dapatkannya sekarang. Allah akan makbulkan doa kita, bezanya pada masa sahaja =)

p/s : Sorry kalau entry aku ni kedengaran macam bagus dan belagak. Sungguh tak bermaksud begitu. Tapi itulah hakikat dan kebenaran yang berlaku dalam hidup aku ni. Aku cuma ingin berkongsi cerita tentang kehidupan, itupun jika ada yang berminat. Minta maaf ya kalau penulisan aku tidak menyenangkan =')


Thank you for reading this entry !

Tips Menghadapi Peperiksaan

$
0
0
Assalamualaikum


Esok SPM. Mesti ramai pembaca blog ni yang tengah Form 5 kan? Goodluck dan selamat maju jaya!! Pembaca blog honeykoyuki mestilah berjaya di dalam peperiksaan, kehidupan di dunia serta di akhirat tahu? Well anyway, SPM is just another chapter in life, if you don't succeed now there's always a room for you to improve later in life =). Tapi tapi tapi, please do your best in everything that you do. Penuhkan kehidupan kita yang singkat ini dengan kejayaan manis.

Kembali kepada adik-adik form 5, sorry kak paten lambat sangat update entry ni, mesti korang dah nyenyak dibuai mimpi (mimpi ngeri to be specific) bahahaha. Sebenarnya akak nak share tips untuk menghadapi peperiksaan buat adik-adik. Tapi tak apa, SPM bukan sehari. Selagi engko SPM selagi tu korang bacalah entry kak paten okay baby?

I'm not a motivator apatah lagi seorang yang patut dijadikan panduan untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Tapi ambil lah apa-apa ilmu yang akak share ini kalau korang rasa ianya berguna. Akak tulis berdasarkan pengalaman akak, kalau ada yang tak setuju, pergi tulis pengalaman ko kat blog ko ok. Jangan nak kondem pengalaman aku ye. Belom apa-apa dah emo apa kes kak paten? Bahahaha


* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)


Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P

Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya adik-adikku !! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)


Selingan. Fatin Liyana memakai tudung Queen Ailis from Edast Boutique dan beg yang di design khas oleh Maria Elena from Sometime Boutique. Nampak seperti sesi beramah mesra dengan warga emas walhal sedang berborak dengan nenek Tety ketika majlis pertunangan Tety (Congrats housemateku!). Adakah salah pilih pakaian sehingga nampak tua atau aku ni memang dah tua?? zzzzz



Tips ikhlas daripada,
Kak Fatin yang dah 6 tahun meninggalkan alam persekolahan T___T


Thank you for reading this entry !

CROCS Vouchers worth RM248 Giveaway

$
0
0
Assalamualaikum

* LATEST UPDATE *

Kepada NUR ELYANA BT ABD AZIZ, sila balas email saya sebelum AHAD 11/Nov/2012 11pm. Tiada sebarang respon dari anda setakat ini...jika berterusan saya akan letgo voucher anda kepada orang lain ='). Jadi haruslah cecepat contact iolls k.


* WINNERS UPDATE *

ANIS ATHIA - anis_athia@yahoo.com
NUR ELYANA BT ABD AZIZ - violet.lepidoptera91@gmail.com
FATIN SHAFIKAH BT RIBUAN - ateynaika@yahoo.com

Congratulations for the winners! Kepada yang tak menang takpe, insyaallah in future saya akan buat lagi giveway ok! Sila jangan berputus asa =) Thank you for participating!

* * * * *
Hi semua =) Setelah aku mewarwarkan tentang giveaway tempoh hari, aku berharap ada diantara korang yang excited/interested untuk join. Pleasela bagi sokongan, jangan bagi Iolls malu sendirian voleh tak? Hahahahaha. So yeah sebab kepala aku bercelaru, sibuk dengan hand team orthopaedics posting maka aku tak sempat nak pikirkan pasal terma dan syarat. Apa punya organizer ntah main serkap jarang je LOL. 

Kembali kepada giveway tersebut, aku ada 3 vouchers bernilai RM248 untuk diberi secara rambang kepada sesiapa yang bertuah. Followers blog ni ada 46 000, tak kira lagi silent reader yang tak follow blog ni. Ini bermaksud pertandingan ini sangatlah sengit.  JIKA ANDA MENANG, MAKA ANDA SEMEMANGNYA BERTUAH DALAM KALANGAN MEREKA YANG BERTUAH. (oo ko nak cakap sesiapa yang baca blog ko ni memang bertuah la eh?? )


SYARAT-SYARAT CROCS VOUCHERS WORTH RM248 GIVEAWAY

1. Bacalah doa supaya murah rezeki
2. Comment entry ini dengan ayat 'Fatin Liyana, saya nak menang please!'
3. Sertakan nama dan email anda
4. Tarikh tutup giveaway 6 pagi, 8 November 2012.

* 3 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan menerima 1 set vouchers CROCS bernilai RM248. Vouchers ini hanya valid digunakan di CROCS Berjaya Times Square SAHAJA sehingga 18 November 2012.

* * * * * *

Janganlah bersedih kalau anda rasa peluang untuk anda menang tipis. Jika anda rasa anda amat memerlukan vouchers tersebut, saya sarankan agar anda bangun awal pada esok hari dan beratur di CROCS Times Square. 120 orang yang pertama akan menerima vouchers bernilai RM248. (Tapi kalau uolls jenis yang bangun lambat, uolls masuk jela giveaway yang iolls anjurkan ni hehe)



Selain itu, CROCS juga ada buat cabutan bertuah di website baru mereka. All you need to do is, pergi bermain pilih-pilih CROCS YOUR PATH YOUR STYLE, share di Facebook, isi borang penyertaan dan berdoa agar hadiah 3H 2M trip ke The Detai Langkawi untuk 2 orang + 2 pasang CROCS menjadi milik anda.

 Bermain pilih-pilih CROCS

 Isi borang dan share di Facebook. (wajib share, kalau tak share, dikira tak layak untuk sertai pertandingan)

Click here to win :


SELAMAT MAJU JAYA KENGKAWAN =P

Thank you for reading this entry !

Cerita Cuti Aku

$
0
0
Assalamualaikum


' Tin nanti kau tolong basuh baju bilik ibu dengan bilik Asfiq '

' Ok.. '


Itulah pesanan hikmat ibu kepada aku sebelum beliau berangkat ke tempat kerja. Ringkas tapi padat.

Cuti kan, ini la kerja aku. Biasalah ghumah takde orang gaji. Hari ini memang aku plan nak keluar kejap, nak renew driving license dengan pergi pejabat pos. Lepas aku siap-siap semua, aku ajak Asfiq teman. Budak ni memang clingy gila dengan aku bila aku balik cuti. Anak last kan, memang manja. Habis duit kakak kau dilaburkan untuk permainan-permainan durjana made in china zzzzz.


' Asfiq jom ikot kakak pegi pejabat pos '

' Taknakkkkk, kawan adik nak datang (cousin actually) '


Belagak kau ye..cousin nak datang aku dilupakan.


Sebelum keluar rumah, aku mesin baju dulu. By the time aku balik, baju dah siap basuh. Boleh terus jemur. Lepas dah settle, maka pergilah aku ke pejabat pos sendirian, buat apa yang patut. Ingat nak pergi JPJ kat Senawang tu untuk renew license. Tapi aku sekalikan je buat dekat pejabat pos. Senang. Untuk pengetahuan uolls dan abang-abang polis sekalian, license iolls mati bulan 7 haritu. Kiralah dah berapa bulan aku drive secara harom di atas jalan raya bahahahaha

Setelah selesai, aku ternampak kopitiam.

' Best jugak kalau pekena nasi lemak rendang dan nescafe ice ' bisik hatiku


Terus aku duduk dan capai sokkabau Metro di atas meja. Setelah makanan sampai, cepat-cepat aku keluarkan BB dan tangkap gambar hidangan yang sungguh menyelerakan di depan mata. Aku jadikan default picture untuk BBM dan up status ' Bonding time with food & newspaper '. tettt typical..... eh apesal aku cerita benda takde motif ni. Panjang pulak tu sampai satu perenggan

Kemudian aku teringat yang kucing aku dah lama tak pergi Vet. Memandangan aku tengah cuti ni, baik aku bawak dorang pergi. Boleh la amik vaccination ataupon suntik vitamin. Lelaju aku call Asfiq, padahal bil tepon tak bayar ni..lagi 2 hari nak kena barred =')


' Hello adik, Faris ngan Fahim (cousin) dah datang? '

' Dahhhhh, adik tengah main ni ( sambil mendengus ) '

' Ok, adik ajak Faris ngan Fahim, pergi ambik Simba, Reva & Dune. Tunggu dekat luar sekarang jugak, kita nak pergi vet, lagi 5 minit akak sampai. Semua orang kena ikot. Faham?


Hahahaha aku memang hati kering sikit. Tak kiralah budak kecik ke apa. Tak pepasal cousin aku yang takde kena mengena tu kena ikot pergi Vet. Hahaha ampun mak tehh!!  Dah la dorang baru sampai ghumah aku hehe. By the time aku sampai ghumah, masing-masing dah tercongok sambil pegang kucing sorang satu. Good boy!

Maka bermulalah drama swasta ye puan-puan. Bagai nak tercabut nyawa aku bawak kereta, dengan kucing melalak tak boleh duduk diam, budak-budak ni lagi berjoget-joget dalam kereta. Aku memang sengaja tak bawak carrier sebab Simba & Reva ni memang well behave. Tapi ape bendentah yang terjadi kat dorang, habis dipanjatnya dashboard, bergayot dekat head rest duhhhh

Aku suruh bebudak ni pegang kucing tu, dah tu dorang memain sergah-sergah kucing tu. Habis si Simba dah meragam, dia boleh pulak pusing keliling dalam kereta, panjat aku yang tengah driving ni!! Lepas tu si Dune, sebab takut sangat dia duduk bawah..... dekat pedal break. Dune ni kecik lagi, dalam 3 bulan umur dia, habis tu aku nak brake pon serba salah. Takut terpijak kepala si Dune kang brain injury pulak. Si Reva pulak dok cakar-cakar seat kereta aku...bila nak pegang je dia mengamok, kejap lari kedepan, kejap lari kebelakang. Memang hazab....


 Belum apa - apa lagi si Reva dengan Simba ni dah memanjat...nak reverse pon susah 

 Si Reva dah melalak terus turun dan lari ke depan.. masa ni Simba rilek lagi... 

Simba dah start buat perangai.. nak duduk dekat riba.. bila aku alihkan..dia cakar..susah betol nak drive. Gambar ni aku amek masa dekat traffic light..kereta sebelah pon pening tengok keadaan kereta aku yang hiruk pikuk

Si Reva pulak datang depan...dia naik atas dashboard..lepas tu tergolek dog..aku suruh Asfiq duduk depan dan jaga si makcik ni

Simba buat hal lagi...panjat head rest..pastu dia gelongsor kat belakang aku..terus landing kat situ macam takde apa..sakit pinggang ioll drive sambil duduk tegak..macam pakai korset pulok kekeke

Itulah cousin iolls Faris hihi.. Tu ha si Dune yang duduk dekat brake pedal.. Reva then Simba yang nakal. Si Reva ni je betina.

 Pandai anak haku...behave je lepas kena injection yeee


Drama swasta tamat bila si Simba, Reva dengan Dune ni kena injection. Lepas kena injection, terus passive. Sakit agaknya. Kesian anak-anak aku... perjalanan pulang ke rumah amat smooth and silky sebab dorang tido je. Lepas tu aku teringat, kat rumah takde lauk. Apa aku nak bagi yakanakbudu ni makan, moh la kita ke KFC drive tru. Hihi

Sesampai rumah, aku nak masak nasi. Biar kekanak tu kenyang sikit makan ayam KFC dengan nasi. Lupa pulak nak tengok kat dapur sebelum keluar tadi. Sebab biasanya mak aku akan masak nasi before dia pergi kerja. Sekali terserempak ayah aku dekat dapur


' Adik ayah dah masak nasi '

' Oh yeke, ha bagus bagus adik terlupa nak masak tadi '

' Lepas tu ayah ada masak sup daging, tapi sup tu kosong je.. boleh tak adik buatkan rencah dia? Ayah tak tau nak buat cemane '

' Ha boleh boleh, dah lembut ke daging tu? '

' Dah lembut sebab ayah masak pakai pressure cooker tadi selama 40 minit '


Amboi ayah aku, dalam tak pandai nak buat rencah sup, pandai pulak masak daging pakai pressure cooker kekekeke

Aku pon campak-campak bahan nak buat rencah dalam sup daging tersebut. Siap. Potong sayur khailan dan hiris bawang putih, baling dalam kuali. Dapat lauk sayur satu. Goreng telo dadar. Jadilah kan ayam KFC, sup daging, sayur khailan dengan telur dadar buat lauk tengahari hihi. Lepas kasi yakanakbudu dengan ayah makan, aku kemas dapo dan jemur baju.

Jemur baju lepas tu hujan...........

Baguslah...

BAGUS


Thank you for reading this entry !

Cerita Cuti Aku II

$
0
0
Assalamualaikum

Hi bertemu kembali =) Bestnya cuti kan, dapat bangun lambat, golek-golek tak payah pergi ward round hihi. Berangan jelah, padahal aku dah pon sampai PPUKM ha. Untuk pengetahuan semua, aku seorang manusia yang memboringkan. Eh dah tau ke? Hahaha cis... 

Memang betul, aku malas nak keluar rumah, malas nak bergaul, malas nak pergi jalan-jalan. Jadi sewaktu cuti biasanya aku terdampar kat rumah je bagaikan dugong. Ada la pergi dekat-dekat contohnya bawak dak asfiq ngan ibu tengok wayang dekat MBO. Itupon wayang pukul 10.30pm, sampai-sampai terus masuk, habis terus start enjin balik rumah. Kalau korang perasan, aku pon asyik kawan dengan orang yang sama *Hi bestfriends!.. sebab dah selesa kan, susah senang bersama. So malas nak fikir banyak. 

Tapi dalam dugong-dugong aku pon, aku pon ada kehendak jugak. Lately ni aku suka pergi pantai untuk main watersport. Dalam masa 2 bulan ni, dah 4 kali aku pergi. Kira satu keajaiban untuk si pemalas seperti aku hihi. Lagipon, Port Dickson dengan rumah aku cuma 20 minit je =) Itu hari, aku mengajak bestfriends Najahtul dengan Hanani untuk ke PD. Biasanya pergi PD, tak bawak makanan, beli dekat gerai-gerai je. Kali ini zemangat uolls, weolls bawak makanan. Buat potluck!


Hanani masak nasi putih dengan pelbagai lauk, Najahtul buat sandwich telur dan aku masak mee bandung. Sumpah macam piranha masing-masing makan. Siapa mandi pantai tapi tak lapar memang gila ataupun ada eating disorder


Mee bandungku, taulah study kat Bandung dulu =P


 Syok sangat, pemandangan yang cantik, makanan yang sedap. Santai-santai sambil makan, bercerita pasal life update. Aku dah kawan dengan Hanani dengan Najahtul ni lebih dari 10 tahun. Semua rahsia aku diorang tahu...mohon jangan pecahkan rahsia aku kepada paparazi... agar tidak dilibas belakang korang haha!


Watersport ni namanya STORM. Best gila weyh, sampai 2 kali aku naik ritu. Sebelum ni dah naik 3 kali. Sila try kalau pegi PD ok, jangan asek buat sand castle je, lepas tu bila dilambung ombak, berasa sedih. Kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepianlah pantai..


Cerita lain. Sempat juga singgah ke Crocs di Times Square dengan Najahtul untuk membeli belah menggunakan vouchers =)

Kitorang kan, selalu sangat pakai warna yang sama secara tak sengaja. Dah banyak kali. Kang bila aku fetch dia kat rumah, masing-masing jerit ' Eeee warna samaaaaaaa!! ' Macam pompuan gila haha.

Zemangat tau pakai baju kurung Pahang Modern Fushion HijrahCouture pergi jalan-jalan. Lagipun, aku keluar hari Khamis lepas, maal hijrah uolls. Ada la sikit penghijrahan dari segi pemakaian, tak gitu? =) Korang pernah tengok tak baju kurung HijrahCouture? Cantik-cantik kan? Asal aku tak pernah tau sebelum ni, kalau tak boleh pakai raya =(


Thank you for reading this entry !

# Save GAZA

$
0
0
Assalamualaikum

Please share this for the sake of humanity

Baby killing

Syaheed classmates... how do you feel ?

A baby sister who tried to reach for her dead sister

Was a happy family... but not anymore ..

 9 months pregnancy ... gone

 The last kiss from a mother to her child...

 Fathers standing still

Was a nice and beautiful home....

Who is going to take care of this little boy..?

Aqsa Syarif Malaysia


 This is NOT an excuse for GENOCIDE

 Everybody deserves to have a family, to have a home and to LIVE.

Dimana kita sewaktu GAZA menangis....? Dimana kita...? Dimana kita....? 

Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di GAZA :


1. Jangan berhenti berdoa

2. Lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Zionist

3. Hulurkan bantuan anda dari segi kewangan

“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8

The choice is in your hands


Thank you for reading this entry !
Viewing all 151 articles
Browse latest View live