Assalamualaikum
To be honest, aku bukan jenis orang yang suka baca novel. Tapi semenjak baca satu novel ini, aku jadi macam what iz zerong with me mayn? Kenapa aku macam engrossed sangat membaca novel tersebut sehingga terbawak-bawak dalam mimpi. Biasanya aku hanya mimpi tentang rumah idaman atau benda benda simple sahaja seperti adik yang tidak mendengar kata. Bagaimana pula kali ini mimpi aku dipengaruhi oleh bahan bacaan novel?. Aneh.
Walaupun aneh namun ia adalah benar. Novel tersebut mempunyai pelbagai pengajaran, inspirasi dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan dalam hidup. Setiap helaian memberi impak kepada diri ini. Mesti korang tak sabar nak tau apa nama novel tersebut kan? Fatin tauuu sangat dengan korang ni. (tetiba jadi mengada dah kenapa..jentik dahi mahu?? padahal kat tajuk dah bagitau nama novel lol)
DIAgnosis
Ya. Nama novel tersebut adalah Diagnosis. Diagnosis merupakan sebuah novel yang sarat dengan inspirasi dan pengajaran yang ditulis dalam setting perubatan. Jangan cemas ya rakyat marhaen. This novel is not meant for doctors/medical students only, but also for layman (semua lapisan masyarakat)!
Kalau tak sesuai untuk semua lapisan masyarakat, takkanlah novel ini sudah terjual lebih 12 000 copies dalam tempoh 6 bulan sahaja =) Perpustakaan Negara pon sudah membeli sebanyak 1000 copies untuk dijadikan bahan bacaan perpustakaan. Tahniah para penulis diatas penulisan yang sungguh hebat!
Ada 21 cerita pendek yang dikompilasikan dalam novel ini tau. So best sangat sebab kita dapat baca experience para doctors yang pelbagai. Macam macam betul ya karenah patient ni. Hehe jom aku tunjuk sikit cerita yang ada. (Identiti pesakit diubah dan dirahsiakan)
Sedihnya kalau jadi Puan Jamilah sebab hubby dia meninggal sobs.. (Dipetik dari Sesingkat waktu, Diagnosis)
Ada lots of emotion dalam novel ini. Sedih, gembira, perli, terkesan etc. Aku suggest korang untuk baca novel ini sebab bukan senang nak cari doktor perubatan yang menulis tau. Experience diorang tu sangatlah berharga because they deal with real people and real lives everyday. Jom aku perkenalkan the genius mastermind behind DIAGNOSIS.
Dr Muhammad Aizzat b Othman
Medical Officer in Div of Neurosurgery
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
MD (UKM)
Dr Nur Azah bt Mohd Isa
Medical Officer in Dept of Pediatric
Pusat Perubatan UKM, Cheras
MBBS (UITM)
Currently pursuing her postgraduate studies in Paediatric.
Graduated with 1st class honors and won Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor UITM in 2010
Dr Anwar Fazal b Abu Bakar
Medical Officer in Clinical Research Centre (CRC)
Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
MBBS (KSMU)
Currently pursuing his postgraduate studies in Master of Health Research from Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) as the pioneer batch in Malaysia.
Hee.. korang boleh dapatkan novel ini di Popular, MPH, Kinokuniya atau beli online dengan menghantar email ke whitecoatenterprise@gmail.com. Harga RM20 senaskah.
Ok cerita iols tidak tamat disitu ya. Alhamdulillah, diatas sambutan yang amat menggalakan inshaallah DIAgnosis 2 akan menyusul pada hujung tahun ini. Yay! Kali ini lebih special, lebih tebal dan lebih sarat dengan cerpen yang menarik kerana penulis untuk DIAgnosis 2 ini bukan calang-calang orang ya. Penulis DIAgnosis dah cukup power, tapi untuk DIAgnosis 2 adalah gile-gile power ya. Selain daripada 3 penulis asal, ada tambahan lagi 4 penulis baru iaitu
Dr Ahmad Mahyuddin bin Mohamed
Pakar Ortopedik
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
MBChB (Otago)
M.S Ortho (UKM)
CMIA (NIOSH)
Dr Beni Isman Rusani
Pakar Jantung
Institut Jantung Negara (IJN)
BHB, MBChB (NZ)
MMED (UKM)
Dr Mafeitzral Mamat
Pakar Bius
Cardiovascular & Thoracic Centre UITM Sg Buloh
MBBS (IMU)
M Anaes (UM)
PG Dip Clin Ultrasound (Melbourne)
Dr Nur Fatin Liyana bt. Asri
House Officer
Pusat Perubatan UKM, Cheras
MD (UKM)
She's a blogger and she's cute ahaks
3 nama dari atas je yang gile gile power tu. Level-level pakar semuanya kecuali yang last sekali itu kekeke. Kesian aku, baru nak hidup. Pangkat apa pon takda. Nak tulis IM4U kang kena bahan seminggu lak. Nangis di penjuru dinding kerana insecurity :'(
Tolong doakan kami ya? Inshaallah, diharapkan dengan perkongsian ini, adalah sahamnya untuk dibawa ke akhirat nanti. Kalau tiada aral melintang, DIAgnosis 2 akan menemui anda di hujung tahun ini :) Kita semua dahagakan inspirasi untuk perbaiki kehidupan kita di dunia fana ini. DIAgnosis adalah salah satu sumber inspirasi yang tulen. Dikongsi ikhlas dari doktor perubatan yang mempunyai misi yang jelas. Ingat tagline ini..
" Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara "
Dr Mahyuddin, Dr Beni, Dr Mafeitz
Dr Fatin Liyana, Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Sila berikan tunjuk ajar kepada pasukan Diagnosis 2! Mintak doa dari semua agar dipermudahkan...nanti jangan lupa beli tau! Kita bagi sign freee hehe ade ke sign kena bayar? jentik dahi lagi sekali.
Thank you for reading this entry !