Quantcast
Channel: Fatin Liyana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 151

Aishah Radhiah Coklat Spa Cawangan Kota Damansara

$
0
0
Assalamualaikum

Lama sangat tak jumpa dengan kakak angkat aku, Kak Liza. Kebetulan spa yang kitorang selalu pergi tu, Aishah Radhiah Spa ada buka cawangan baru di Kota Damansara. Langkah kanan, kami pula dijemput untuk memanjakan diri di sana bersempena dengan opening spa. Dapat pula pakej ratu yang bernilai RM400 secara percuma (body massage, body scrub, sauna, aura flower bath, signature facial) hehe...bukan main berdesup tekan minyak dari Seremban ya.


Spa ni terletak di The Strands, Kota Damansara. Sederet dengan butik Najjah. Senang sangat nak cari. Kalau korang pernah makan restoran Ombak, ha atas tu je spa nya. Jangan risau, ada lif ya.


Aishah Radhiah Coklat Spa. Tingkat 3.


Sampai-sampai je rupanya Kak Liza dah tunggu di sofa sambil membalas whatsapp group tadarus. Comel sangat masyarakat Bukit Jelutong. 


Cantik interior spa ni. Eksklusif sangat! Yang penting fountain kena ada....bunyi air adalah sangat menenangkan :) Pada waktu yang sama dorang ada alunkan musik instrumental bali. Double ketenangan. Memang dibuai mimpi jela kejap lagi


Setelah pilih pakej, kami pon simpan beg dalam locker. Jaga barang-barang berharga ok. Jangan duk leka ber-spa, beg duit, handphone semua lesap. Bukanlah nak menuduh sesiapa, inshaallah pekerja spa ni semua amanah. But things happen right? Just make sure jangan cuai ok :)


So kami pon dibawa ke bilik massage kami..ada banyak bilik sini. Spa kat Damansara ni lagi besar compare to cawangan dorang kat Bangi, Shah Alam & Ampang. Ada bilik single, bilik couple dan bilik VIP.



Ingat nak ambik bilik VIP, sebab sauna + tub dalam bilik (macam dalam gambar). Tapi tengah renovate time tu so kami ambil bilik couple hehe. Lega dapat urut badan, memang berasa urutannya. Dalam masa sejam tu..entah berapa kali aku tertidur hehe


Lepas urut badan kena sauna pulak selama 20 minit. Temperature 38 degree celcius. Sauna bagus untuk detox. Tapi memang hazab duduk dalam sauna ni. Tapi yang bagusnya dia ada sediakan shower sekali..kot panas sangat, bukak la shower tu sekejap. Lepas sauna, kami kena balik kat bilik urut tadi untuk scrub pula. Semua daki haruslah hilang total kerana kuasa menyental tahap impak maksima hehe.


Kemudian kami disuruh berendam dalam tub selama 15 minit. Tub tu berisi buih-buih dengan bunga-bungaan. Namanya aura flower bath.


Sambil tu dihidangkan pula biskut dan teh herba ! Memang macam puteri habis...yela orang hantar makanan masa kau mandi..kau mampu? Setelah selesai semuanya, kulit terasa lembut sangat macam baby. Badan pon rasa fresh!


Last but not least, untuk yang terakhir kami buat signature facial. Setiap kali habis buat facial, aku mesti perasan yang aku ni natural beauty haha padahal jauh api dari panggang! Asal aku buat facial kat rumah perasaan tu tak datang pon? I nak feeling feeling jugak hmmph


Kak Liza and me post-spa =) Bonding session yang sangat menenangkan! Kitorang tak suka crowded place.. hehe jadi berjumpa di spa je. Lepas ni kena kerja sungguh-sungguh hehe. Poyo angat.


 Sekarang Aishah Radhiah Spa tengah buat promosi VOUCHER RM1000 dimana korang boleh choose either nak buat 10x Facial (worth RM120 setiap satu) atau 3x Pakej Ratu (worth RM400 setiap satu) di mana mana cawangan spa dorang : Bangi, Shah Alam, Ampang Point, Kota Damansara dan Seremban 2 (akan datang). Sesuai kalau nak dijadikan gift, korang bank in nanti spa akan post voucher!  Ok apa-apa just call dorang la ye untuk tanya lebih lanjut!


Aishah Radhiah Coklat Spa
(Facing Kota Damansara's Giant Entance)
No 27-3 Jalan PJU5/20E,
The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Contact : 03 6158 0000 


Dalam banyak-banyak cawangan, aku tak pernah pergi lagi yang dekat Ampang Point tu. Macam best, cuba korang try. Pastu bagitau aku eh? Alamat ambik kat website dorang tau :)

Thank you for reading this entry !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 151