Quantcast
Channel: Fatin Liyana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 151

EH! GUESS Blogger Awards

$
0
0
Assalamualaikum

Sebenarnyakan dalam diam, aku telah memasuki contest Eh! GUESS Blogger Awards 2014 dan telah pon terpilih sebagai Top 4 finalist. Alhamdulillah =) 


Hihi malu iolls. 

Jadi sebagai habuannya, aku telah menerima hadiah berupa Voucher GUESS bernilai RM1000. Untuk proceed ke peringkat seterusnya, ada task yang perlu aku lakukan. Aku kena belanjakan voucher tersebut di mana-mana outlet GUESS Malaysia dan mix & match GUESS denim in 3 occasions.  Maka pergilah aku ke Pavilion untuk memilih GUESS denim :)



Aku suka sangat dengan GUESS 70'S FLARE DENIM ! Masa mula-mula masuk Guess store dah terpana tengok jeans ni, terus grab and try dekat fitting room. Bukan main rakus. Jom tengok mix & match aku gerek ke tak gerek.



A Night Out Party With Friends

Walaupun tema dia A Night Out Party With Friends, tapi kita tak perlu pon nak pakai something yang expose atau daring. Persepsi orang kan lain-lain =) Bagi aku, takkisah lah kita nak hang out dengan kawan-kawan, tapi pemakaian kita, perlulah dijaga kan. Apa yang aku suka sangat dengan GUESS 70s FLARE denim ni adalah dia tak ketat mengikut bentuk kaki sekaligus memberi imej decent pada gadis yang bertudung!


Lets take a look at its details. Rasanya ramai dah tahu yang aku memang favor seluar jeans koyak. Walaupun dia koyak tapi bila pakai tak nampak kulit tau. Ha itulah yang winning pointnya! Kuasa sangat aku nak pakai legging semata nak pakai jeans koyak hee.


 TO GO TO A MUSIC FESTIVAL

Walaupun aku noob tak pernah pergi music festival, tapi kalau aku pergi aku akan pilih untuk pakai jeans and blouse! Mestilah kita akan pakai something yang comfy kan? Imagine dengan panas, berpeluh semua. Winning point lagi sekali, this GUESS Denim is stretchable and breathable. Konfirm selesa dan tak banyak komplen!


A ROMANTIC DINNER OCCASION
Cakap pasal dinner, aku pasti akan opt for dress or jubah. Tapi kali ni, nak add up some statement jadi telah memilih untuk pakai GUESS 70s FLARE denim dengan jubah Neyu from Lakayena. Macam orang Arab tak hehe? Seriously best gila FLARE denim sebab dia akan memberi ilusi yang kita ni tinggi benar walhal tidak pon. Kaki nampak runcing dan panjang =)


Sebenarnyakan, aku tak baca arahan betul-betul. Rupanya kitorang kena beli DENIM sahaja. Aku ingat boleh beli apa apa je kat GUESS tu. Guess what? Aku terbeli leather jacket. Ha ha. It was an honest mistake :( Dah alang-alang salah tu, meh jela aku tunjuk jacket aku ni.


Jacket ni cantik sangat! Pakai dengan jubah pon dah style, apetah lagi kalau pakai dengan GUESS Denim. Nanti aku nak try hehe...


Anyway, aku dah hantar jeans aku tu pergi potong. Panjang sangat pula. Aku jarang pakai jeans, but I'm sure GUESS 70s Flare denim is going to be my favourite jeans from now on. Thank you GUESS MALAYSIA for the opportunity. Kalau berminat, korang bolehla pergi mana-mana Guess store untuk cari denim macam aku punya ni ye =)


Thank you for reading this entry !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 151