Quantcast
Channel: Fatin Liyana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 151

Duta Kempen Membaca Sambil Beramal

$
0
0

Assalamualaikum

Kalau korang ingat dalam entry INI, aku ada bagitau yang buku pertama yang aku co-write bersama 6 doktor lain ada tercalon dalam ANUGERAH BEST OF MPH TOP 3 BUKU MELAYU NON FIKSYEN TERBAIK 2015. Lepas tu aku lupa nak update kat korang apa keputusan dia. Krik krik krik..


Masa tu aku pregnant lagi. Bergondong-gondong bawak perut menapak ke PICC sempena Putrajaya International Book Fair. Yelah, buku pertama yang aku tulis kan, tercalon pulak tu. Haruslah gigih hiks. Menang tak menang lain cerita..janji kita datang memeriahkan majlis sebab MPH sudi mencalonkan buku kitorang dalam anugerah tersebut

So inilah keputusannya........




Alhamdulillah! Tak sangka buku kami boleh menang. Menurut MPH, sejak dilancarkan pada Januari 2015, buku Diagnosis 2 tak pernah terkeluar carta best selling sehingga sekarang. Gempak gila peminat Diagnosis nohhh. Korang beli buku ni tiap-tiap minggu ke cane? Haha! Oh ya, nama penulis lain yang MPH tak letak sebab tak cukup korum adalah Dr Mafeitz, Dr Beni dan Dr Mahyuddin.


Trofi ni baru muat letak nama semua orang :)


Kakpaten mewakili penulis lain nak cakap thank you sangat sangat kerana sudi membeli dan membaca hasil penulisan kami. Aku pon tak sangka buku Diagnosis 2 ni boleh hit sampai menang anugerah bagai. Betullah cakap husband aku, bila kita menulis, kita kena tulis dari hati, baru ada 'feel'. Apapon kejayaan buku kami adalah indikasi yang baik. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dah mula berjinak jinak dengan bahan bacaan berunsurkan intelektual dan ilmiah. Bravo!


Kami menerima award dari salah seorang Director MPH Arwah Dato Abdullah (beliau baru sahaja meninggal dunia baru baru ini, al-fatihah). Terimakasih MPH! Terimakasih pembaca semua!



Disebabkan kejayaan ini, MPH telah berbesar hati melantik kami bertujuh menjadi DUTA MEMBACA SAMBIL BERAMAL demi meningkatkan kesedaran tentang SDH. Apekah SDH itu? Ia bukanlah subdural hemorrhage (lawak hambar medical boo!). Bukan juga Siti Damia Haikal (lawak hambar bebudak baru nak up boo!)


Meh sini kami nak explain padia tu SDH. SDH adalah SEKOLAH DALAM HOSPITAL.Menyedari betapa pentingnya pendidikan, SDH ini adalah satu inisiatif dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneruskan pembelajaran adik-adik yang terpaksa admit di hospital dan miss kelas atas sebab-sebab kesihatan. Contoh macam adik hang yang berumur 12 tahun ni nakai gila pastu tak suka minum susu. Satu hari dia terjatuh sewaktu bermain basikal dan mengalami kepatahan ankle. Doktor kata kena admit sebulan. Adik hang pon risau sebab dia dahla nak UPSR pastu kena miss kelas pulak. Maka disinilah pentingnya peranan SDH!


Ce korang baca ni

Cuba fikirkan adik-adik yang ada Leukemia yang kena admit berbulan-bulan tu. Kesiankan diorang sebab tak dapat pergi sekolah macam kawan-kawan lain. At least dengan adanya SDH, mereka dapat belajar dan happy-happy macam kawan-kawan diorang kat sekolah jugak.


Ok apa peranan korang untuk membantu adik-adik yang tidak bernasib baik macam ni? Fact is semenjak 2011 sampai sekarang, kita baru je ada 15 SDH. Hanya hospital-hospital tertentu je yang ada SDH. Dan SDH kita masih kekurangan banyak lagi learning tools dan gadgets yang dapat membantu adik adik kita dari segi pembelajaran.


Heres how you can help the kids :

1. Pergi MPH 
2. Beli KAD MUTIARA KATA yang berharga RM10
3. Beli buku yang tersenarai dalam list RAKAN MPH MUTIARA KATA dan enjoy diskaun sebanyak 15%
4. Niatkan untuk memudahkan urusan SDH dan demi ilmu adik adik yang kurang bernasib baik ini.
5. Inshallah berkatnya membawa ke akhirat !


Untuk pengetahuan korang, hasil penjualan Kad Mutiara Kata akan disumbangkan sepenuhnya kepada SDH. Semoga kita sama-sama spread the awareness agar adik adik yang terpaksa ditahan lama di hospital dapat senyum lebar-lebar :)


Ni dia buku buku yang terdapat dalam list RAKAN MPH MUTIARA KATA. Diagnosis 2 pon ada tau. Kalau tak nampak takpa. Korang boleh pergi sendiri MPH dan check out the list.


Jadi tunggu apa lagi, esok hangpa semua mesti pi MPH ok. Kalau boleh datang la ke MPH NU SENTRAL esok 22 Jun 2016 pukul 2-3 petang sebab kami ada kat sana untuk beramah mesra dengan hangpa semua. Kalau ada buku Diagnosis sila bawa, kami signkan. Kalau takda takpa esok pon boleh beli. Ingat ada 15% diskaun kalau beli kad mutiara kata hikhik.


 MPH NU SENTRAL - 22 JUN 2016 - 2 PM
See ya tomorrow!



Thank you for reading this entry !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 151