Quantcast
Channel: Fatin Liyana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 151

Pregnancy Diary : Nuts & Chocolate

$
0
0
Assalamualaikum

Dear afljunior,

Hi anak ummi. Sepanjang mengandungkan sayang,  ummi ada simpan pistachios nuts dalam bilik ummi. Ummi simpan dalam tupperware. Just in case ummi lapar in between meal time, ummi ada sesuatu untuk dimakan. Tapi ummi selalu lupa nak makan sebab ummi malas nak kopek.

Pada suatu hari, abi tengah chillin' dengan ummi dalam bilik. Abi ternampak pistachio tu, maka abi pon makan. Dengan tekun abi kopek nuts tersebut, sekali sekala abi suap ummi. Ummi memang gembira part tu. Tapi part yang ummi tak gembira, abi kopek nuts sampai kulit die sepah-sepah atas katil. Ummi dah pesan supaya kulit pistachio tersebut haruslah berada pada lingkungan radius penutup tupperware sahaja, namun abi sepertinya gagal mencapai ekspektasi ummi. Ummi kecewa.

Jadi pada malam ini, ummi telah bertekad untuk kopek semua pistachio nuts dan masukkan kedalam tupperware. Ummi sayangkan afljunior dan abi. Ummi juga sayangkan katil ummi. Jadi ummi fikir, takpelah biarlah ummi beralah daripada ummi marah-marah. Ummi tak mahu kekecewaan yang sama berulang lagi.


Satu tupperware pistachios ummi kopek. Sampai sakit jari dan kuku ummi tau. Tapi takpe, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ummi suka makan nuts waktu pregnant ni sebab nuts akan membantu tumbesaran otak/brain development sayang. Ummi nak sayang jadi anak yang pandai tau :)


Tok Ibu ada belikan sayang chocholate M&M. Ummi baca, pregnant mother yang makan chocolate akan melahirkan baby yang lively & happy. Ini kerana chocolate mengandungi phenyletylamine :). Inshaallah amin amin!


Ni stok yang ummi simpan dalam bilik. Abi kalau balik mesti dia happy sebab dapat pau pistachios & m&m's ummi.


Takpe, atuk ada belikan lagi sebungkus pistachios dari Mekah. Next time ummi mintak abi kopek pulak. Abi, I know you are reading this, thanks.


Ummi and abi can't wait to see you sayang. Membesar dengan sihat ya anak ummi!
Toodles!


Thank you for reading this entry !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 151