Assalamualaikum
Alhamdulillah, DIAgnosis2 menduduki carta teratas mingguan MPH. Tak sangka :')
Dulukan, masa memula AF ajak aku tulis buku, aku macam
' Ehhh ada ke orang nak baca buku yang kita tulis ni...buat malu je kalau orang kata kita syok sendiri.... '
Tapi AF merupakan lelaki yang sangat optimist serta baik akhlaknya, beliau langsung tidak ambil pusing kata-kata aku yang begitu takutkan tohmahan masyarakat setempat. Biasalah, perempuan. Jiwa gentar lagi goyah. Ahaks.
' Kita tulis dengan niat mendidik masyarakat. Kita tulis dari hati. Inshaallah boleh pergi '
Itulah kata kata AF kurang lebih 9 bulan yang lepas.
Harini, siapa sangka buku DIAgnosis2 sudah dicetak sebanyak 7 kali dan terjual sebanyak 30 000 naskah dalam tempoh 5 bulan di pasaran. Baru-baru ini pulak buku DIAgnosis telah memenangi Anugerah 'BEST MALAY NON FICTION BOOK 2014'. Inshaallah...DIAgnosis2 akan menang anugerah buku paling best di dunia bagi tahun 2015 pulak.....hahaha...optimist..optimist..
Beberapa kali DIAgnosis2 keluar dalam artikel akhbar tempatan. Lupa pulak paper apa..almaklumlah sejak kerja ni tak baca paper kan hee...apepon terimakasih wartawan sudi menemuramah team DIAgnosis2 ok!
Demi menghargai jasa baik para peminat DIAgnosis & DIAgnosis2, biasanya kami akan luangkan masa untuk sesi Meet & Greet with the fans. Setakat ini kami sudah hadiri 3 sesi Meet & Greet. Memang syok dapat jumpa fans and borak dengan dorang! Macam-macam jenis perangai pelik aku dah jumpa. Jenis yang balut buku DIAgnosis macam balut buku teks, jenis yang letak penanda untuk setiap cerita penulis, jenis yang highlight point-point penting macam dalam lecture notes. Giler weyh! Korang memang the bestlah!
So mana yang dah beli buku DIAgnosis2 dan teringin nak dapatkan tandangan penulis boleh datang ke PBAKL esok ok? Nanti kakpaten sign besar-besar kasi kengkawan korang jeles hehe
PBAKL 2015
JUMAAT
I MEI 2015
PUKUL 3PM
DI DEWAN TUN RAZAK 4, BOOTH DEEN PRINTS 4069 & 4070.
Jangan lupa beli GEN-Q edisi Mei 2015 untuk membaca 3-muka cerita pasal kakpaten! Terima kasih tak terhingga kepada Nad yang sudi memuatkan kisah kakpaten dalam ruangan personaliti GEN Q kali ini. Esok korang pergi PBAKL, jangan lupa beli DIAgnosis2 dan majalah GEN-Q ok? Lepas beli datang jumpa kakpaten pukul 3pm kat booth deen prints. Kalau boleh bawak takoyaki sekali. thankyoukbai. LOL